Thursday, October 28, 2010

Disebalik nikmatnya kopi dan kesan kafein.....

JAM menunjukkan pukul 11 malam, badan terasa penat dan mengantuk. Sebelah pagi ke sekolah dan petang pula menjalani latihan sukan. Baru sekejap tadi selesai menyiapkan kerja sekolah. Tetapi pukul 1.30 pagi nanti ada perlawanan secara langsung bola sepak Liga Inggeris antara Manchester United dan Arsenal. Untuk mengatasi masalah mengantuk anda telah mengambil secawan kopi dan makanan ringan.



Situasi begini sering terjadi di kalangan remaja. Apatah lagi apabila menghadapi peperiksaan, ada sesetengah pelajar mengulangkaji pelajaran hingga larut malam berbekalkan sekole kopi. Adakah anda mengetahui apakah yang telah membuatkan anda segar dan dapat berjaga hingga ke pagi? Tahukah anda bahan kimia apakah yang terkandung dalam kopi? Umumnya telah mengetahui tentang kafein.



Kafein adalah sejenis dadah yang terhasil secara semulajadi dalam daun dan biji beberapa jenis tumbuh tumbuhan. kafein juga dihasilkan secara tiruan dan digunakan sebagai bahan penambah atau perisa di dalam sesetengah makanan.



Kafein dikenali juga di kenali dengan nama kimianya trimetilksantina dalam keluarga metilksantina. Bahan ini berbentuk serbuk berwarna putih dan sedikit rasa pahit. Bahan kimia lain yang terdapat dalam kumpulan ini adalah teofilin terdapat dalam daun teh dan teobromin yang didapati dalam biji koko.



Kafein boleh ditemui dalam biji kopi (Coffea Arabica) , daun teh (Theasinensis) dan biji koko (Theobrama cacao). Kafein juga boleh didapati dalam lebih 60 jenis tumbuh-tumbuhan lain. Antaranya pokok guarana (Paullinia cupana) yang terdapat di Amazon. Kafein sering digunakan terutamanya dalam minuman ringan. Kebanyakan remaja sekarang begitu gemar mengambil minuman berkarbonat kola yang bukan sahaja mengandungi kafein tetapi juga kandungan gula yang tinggi. kafein juga digunakan dalam sesetengah ubat untuk merawat beberapa jenis penyakit. Antaranya untuk merawat sakit kepala, migrain, penyakit jantung dan mengendurkan saluran pernafasan dalam rawatan penyakit asma.



Kesan Pengambilan Kafein



Kesan pengambilan kafein bergantung kepada jumlah yang diambil dan berbeza bagi setiap individu yang mengambilnya. Secara purata semakin kecil saiz atau pun berat badan seseorang itu, semakin kurang kafein yang diperlukan untuk menghasilkan kesannya. Tetapi, banyak kesan kafein bergantung kepada jumlah yang diambil. Pengemar kopi selalunya memerlukan pengambilan yang tinggi untuk mencapai tahap kenikmatannya. Ini bermakna lebih banyak kafein yang diambil setiap hari maka lebih banyak yang diperlukan untuk mencapai tahap kenikmatannya.



Kafein akan memasuki sistem tubuh setelah beberapa jam mengambilnya kemudian akan keluar menerusi urin. Kafein memberikan kesan berterusan ke atas tubuh kita selagi masih berada dalam darah. Jangka masa yang diperlukan oleh tubuh untuk menyahkan separuh daripada jumlah kafein yang diambil adalah dari beberapa jam hingga ke beberapa hari. Secara puratanya bagi orang dewasa, kesannya boleh dirasai selama lima hingga tujuh jam. Terdapat beberapa faktor yang melambat jangka hayat kafein dalam tubuh kita, antaranya seseorang yang mengambil ubat-ubatan, menghidap penyakit hati dan wanita mengandung.



Oleh itu, bagi wanita mengandung pengambilan kafein hendaklah dikurangkan atau dihentikan sama sekali kerana kafein akan meningkatkan risiko keguguran dan ketidaksuburan. Ada juga bukti yang menunjukkan kafein boleh mengakibatkan kecacatan bayi sewaktu dilahirkan.

Kafein boleh menyebabkan pesakit yang mengalami masalah jantung dan kegagalan saraf menjadi lebih teruk, dan kebanyakan pengguna tidak sedar keadaan ini boleh berlaku ke atas mereka.



Kajian telah menunjukkan bahawa kafein memberi kesan seperti penggunaan dadah perangsang yang lain. Kafein cenderung untuk merangsang otak dan sistem saraf pusat kemudiannya bertindak ke atas jantung, pembuluh darah dan buah pinggang. Salah satu simtom yang biasa dihadapi oleh pengguna ialah dehidrasi (pengeluaran air terlalu banyak daripada badan menyebabkan badan kekurangan air). Walaupun anda menganggap dengan meminum air berkafein yang banyak badan dapat mengekalkan kandungan air tersebut tetapi kafein akan bertindak sebaliknya ke atas badan. Di sini kafein bertindak mempercepatkan penghadaman dan merangsang pengeluaran air kencing yang banyak.



Dalam situasi begini adalah penting kepada remaja yang aktif bersukan dan gemar mengambil minuman berkafein agar meminum air yang tidak berkafein secukupnya bagi mengelakkan dehidrasi. Dengan pengambilan kafein juga akan menyebabkan badan kehilangan kalsium serta potassium dan ini akan menyebabkan kesakitan otot dan melambatkan masa untuk rehat selepas menjalani senaman. Bagi wanita dalam peringkat menopaus yang gemar mangambil minuman berkafein akan mempercepatkan lagi proses osteoporosis disebabkan kehilangan bahan-bahan mineral tersebut.



Walaupun kesan kafein berbeza di antara seorang pengguna dengan pengguna yang lain, pengamal perubatan menasihatkan agar mengambil tidak lebih dari 100 mg kafein sehari, yakni lebih kurang satu cawan kopi sehari. Namun terdapat pelbagai saranan yang diutarakan oleh pelbagai pihak mengenai pengambilan kafein yang unggul. Walau apa pun saranan yang diutarakan mengenai pengambilan kafein yang unggul dapatkan nasihat doktor terlebih dahulu sekiranya kita menghidap penyakit tertentu yang mungkin alah kepada kafein.



Pengambilan pada dos 250 hingga 750mg kafein (dua hingga tujuh cawan kopi) boleh menyebabkan seseorang itu mengalami situasi cemas, letih, tidak nyenyak tidur, sakit kepala dan sakit perut. Tetapi pengambilan kafein akan meningkatkan rasa waspada dan meningkatkan rasa waspada dan meningkatkan penumpuan terhadap tugas. Namun, tidur juga akan terganggu, berasa lebih tenang dan mengurangkan rasa lesu.



Jika kafein diambil lebih dari 750mg (tujuh cawan kopi) sehari akan menyebabkan sakit kepala, lekas marah, timbulnya rasa takut dan tidak dapat tidur (insomnia). Pengambilan dos yang tinggi juga akan menyebabkan kekejangan dan mungkin diikuti dengan maut.



Kesan jangka panjang



Ulser - Kafein dipercayai boleh mengakibatkan ulser kerana bahan ini merangsangkan penghasilan asid dan peptin di dalam perut. Sekiranya diambil dalam jumlah yang banyak boleh mengakibatkan perut rasa tidak selesa. Seseorang yang mengalami masalah ulser dinasihatkan tidak mengambil kopi kerana akan menyebabkan ulser menjadi lebih teruk. Tetapi, bukan kafein sahaja yang mengakibatkan terjadinya ulser. Lebih banyak kajian perlu dijalankan untuk membuktikan sama ada kopi berkafein dan kopi tanpa kafein boleh menyebabkan ulser.



Masalah Jantung – Terdapat bukti yang menunjukkan bahawa kafein boleh menyebabkan denyutan jantung tak menentu (cardiac arrhythmia) kepada sesetengah orang. Biasanya penghidap sakit jantung dinasihatkan tidak mengambil minuman berkafein sama sekali. Walaupun demikian tiada bukti menunjukkan kafein adalah faktor penyebab sakit jantung.



Ketagih - Kafein boleh membuatkan seseorang itu menjadi ketagih. Jika individu berbabit berhenti dari meneruskan pengambilan kafein, ia akan mengalami simtom pengunduran (withdrawal symptoms) seperti sakit kepala. Simptom ini biasa dialami oleh penggemar kopi dan sakit kepala ini akan hilang dengan sendirinya dalam masa satu hingga lima hari atau ia akan sembuh semula dengan meminum kopi kembali atau mengambil ubat. Kebanyakan penggemar kopi yang cuba mengurangkan pengambilan kafein akan mengalami rasa gementar, sakit-sakit, tidak berupaya untuk bekerja, lesu, mengantuk dan sakit kepala.



Bagi membuang tabiat ketagihan kafein bukannya mudah. Cara yang berkesan adalah mengurangkan pengambilan setiap hari. Amalkan minum air kosong yang banyak serta jus buah-buahan dalam sajian harian anda.

Wednesday, October 20, 2010

MeRokoK MembahayakaN KesiHaTaN...ingat tu saudara-saudaraku...

Go to fullsize image




Asap Rokok Mengancam Kanak-Kanak




View Image


Perokok pasif adalah orang yang dipaksa menyedut asap rokok basi yang datang dari perokok.  Kepekatan bahan kimia beracun yang terkandung dalam asap rokok basi adalah lebih jika dibandingkan dengan kepekatan asap disedut oleh perokok secara aktif.  Anak-anak yang didedahkan pada asap rokok basi ini mengalami risiko lebih tinggi untuk mengalami pelbagai masalah kesihatan.  Mereka cenderung untuk mengalami masalah seperti batuk, asma serta jangkitan paru-paru dan telinga. 
Berikan Anak-Anak Anda Kehidupan Yang Sihat

Mereka mungkin terpaksa mengidap penyakit yang berpanjangan disebabkan terdedah kepada asap rokok basi.  Mereka akan membesar dengan mempercayai merokok adalah satu tabiat normal.  Daya fikiran mereka mungkin menjadi lembap dan akhirnya akan hidup sengsara.  Jangan lakukan ini pada mereka.

Berhenti merokok - Kalau bukan untuk diri anda. Lakukan untuk anak-anak anda.
Asap Rokok Basi Memudaratkan Kanak-Kanak
  • Anak-anak anda begitu bernilai, mereka membawa kegembiraan dan kebahagiaan kepada anda. 
  • Mengenangkan mereka akan membawa senyuman ke bibir anda.
  • Jagalah mereka, sayangi mereka.
  • Berikan anak-anak anda permulaan yang baik dalam kehidupan.
  • Pastikan kesihatan mereka terjamin dan masa depan mereka cerah.
  • Berhentilah meracuni mereka dengan asap rokok.
Rokok Mengakibatkan Mati Pucuk
  • Rokok mengandungi berbagai-bagai bahan bahaya termasuk nikotin.
  • Kebiasaan merokok menyebabkan penggantungan dan ketagihan nikotin.
  • Nikotin menyebabkan saluran darah ke zakar menjadi sempit dan tersumbat. Dengan itu nikotin mengakibatkan mati pucuk.
  • Kualiti sperma anda akan terganggu.
  • Kemampuan menghasilkan ereksi akan berkurangan dan nafsu seks akan menjadi lemah.
Hubungan Seks Anda Akan Terganggu
  • Hubungan seks adalah penting dalam kehidupan kita.
  • Ia membantu anda menikmati perkahwinan yang indah.
  • Selamatkan diri anda dari mati pucuk
  • Jangan biarkan diri anda menjadi mangsa nikotin.
  • Bertindak bijak, jangan merokok.
Fikirkanlah Tentang Pasangan Anda
Perkahwinan adalah titik permulaan bagi hubungan indah yang suci murni.  Mati pucuk akan menyumbang kepada ketidakpuasan dan mengakibatkan keretakan rumah tangga.
Jangan pentingkan diri anda, berhenti merokok. Fikirkan tentang orang lain, fikirkan tentang pasangan anda.  
Merokok Mengakibatkan Strok
  • Bahan kimia yang dibebaskan oleh asap rokok akan menjejaskan organ-organ dalam badan.  Merokok menambahkan risiko penyakit berbahaya dan menyebabkan 10–12% dari kematian di Malaysia.  Strok (Angin Ahmar) amat berkait rapat dengan tabiat merokok.
  • Kesan nikotin yang disebabkan oleh merokok merosakkan saluran darah.
  • Dinding salur darah akan menjadi tebal dan sempit, dan dengan itu aliran darah akan menjadi sukar.
  • Strok disebabkan oleh salur darah tersumbat di dalam otak.
  • Sebahagian badan anda mungkin akan lumpuh dan anda mungkin maut.
Kurangkan Risiko Anda Mendapat Strok
  • Merokok menambahkan risiko strok (Angin Ahmar).
  • Kurangkan risiko anda dengan berhenti merokok.
  • Jangan biarkan diri anda dan keluarga anda hidup menderita.
  • Bantulah diri anda.
  • Amalkan cara hidup sihat.
  • Jangan merokok.
Berhenti Merokok
  • Jangan merokok. Masa depan yang hebat menanti anda dan keluarga anda.
  • Lakukan aktiviti sihat seperti bersukan dan berhobi.
  • Hidup akan lebih bermakna jika tidak terjerat dengan ketagihan yang membazirkan.
  • Luahkannya dengan cara positif.
  • Bergiat aktif.  Bebaskan diri anda dari belenggu ketagihan.
Rokok Mengakibatkan Serangan Sakit Jantung
Merokok sememangnya satu tabiat buruk.  Malangnya 50% dari golongan lelaki di Malaysia merokok.  Merokok merupakan faktor risiko utama bagi penyakit bahaya dan menyebabkan 10–12% kematian di Malaysia.  Serangan sakit jantung adalah berkait rapat dengan merokok.
Sayangkan Jantung Anda
  • Merokok menambahkan risiko serangan sakit jantung.
  • Kurangkan risiko anda dengan berhenti merokok.
  • Jangan biarkan asap rokok membunuh anda.
  • Jauhilah diri dari asap rokok basi.
  • Belajarlah menyayangi jantung anda.
  • Jangan merokok. 
Fakta Membimbangkan Akibat Merokok
  • 50% dari golongan lelaki di Malaysia adalah perokok.
  • Di Kuala Lumpur, nisbah antara perokok lelaki dan wanita di bawah umur 30 tahun adalah 5:1.
  • Kadar merokok dari golongan remaja dan wanita semakin meningkat.  25% dari pelajar sekolah berumur 15 tahun ke atas pernah mencuba merokok dan 70% dari kumpulan ini akan menjadi perokok apabila meninggalkan bangku sekolah.
  • 60-75% dari asap rokok akan disedut oleh orang yang tidak merokok.
  • Hanya 50% perokok akan dapat menjangkau umur 70 tahun.
  • Rakyat Malaysia membelanjakan RM1.5 bilion setiap tahun untuk membeli rokok.
Rokok Mengakibatkan Kanser Paru-Paru
Asap rokok mengeluarkan hampir  4,000 bahan kimia beracun dan 53 dari bahan kimia ini boleh mengakibatkan kanser. Merokok menambahkan risiko penyakit merbahaya seperti kanser paru-paru.  Ia merupakan kanser paling kerap  dialami golongan lelaki dan amat berkait rapat dengan tabiat merokok. Jika anda mengalaminya, peluang untuk sembuh amat kecil sekali. 
Selamatkan Diri Anda Dari Kanser Paru-Paru
  • Setiap sedutan membawa padah.
  • Kenapa harus meracuni diri?
  • Jangan biarkan asap rokok merosakkan paru-paru anda.
  • Selamatkan diri dari kanser paru-paru.
  • Bertindak bijak, jangan merokok.
Keluarga Anda dan Orang Tersayang
Keluarga dan rakan-rakan anda pasti akan merasa amat sedih sekiranya mereka tahu bahawa anda sedang menderita akibat kanser paru-paru.  Emosi insan-insan kesayangan anda akan terganggu apabila hidup anda menjadi hancur lebur di hadapan mata mereka.  Kehidupan anda akan hanya berkisar pada keperluan perubatan yang membebankan.
Berhenti merokok - Kalau bukan untuk diri anda, lakukanlah untuk anak-anak anda.
Bahan Toksik Dalam Asap Rokok
Terdapat beribu-ribu jenis bahan kimia beracun di dalam asap rokok. Di bawah hanya beberapa bahan-bahan dan di mana ia kerap dijumpai.
Bahan kimia dalam rokokSumber bahan kimia 
 Metanol Bahan Api
 Nitrobenzena Gasolin
 Karbon Monoksida Asap kereta
 Butana Cecair pemetik api
 Raksa Logam dalam jangka suhu
 Vinil Klorida Bahan utama plastik
 Toulena Pelarut industri
 Ammonia Pencuci lantai
 Arsenik Racun tikus
 Kadmium Bahan utama bateri alkali
 Stearik Bahan utama dalam lilin
 Sianida Racun berbisa

Monday, October 18, 2010

Senyumlah Saudara-Saudara Ku....

SENYUM adalah perhiasan dunia
SENYUM adalah bahasa dunia
yang menunjukkan keceriaan
membawa maksud bagi umat manusia


SENYUM adalah perhiasan batin yang dapat membantu mengindahkan perhiasan lahir yang tidak sempurna..

SEWAKTU kita berhubung dengan orang lain, sewajarnya kita SENYUM

SENYUM adalah jalan pintas bagi anda mengatakan anda menyukai seseorang

SENYUM yang kamu berikan kepada sahabat kamu adalah satu sedekah..

SENYUM adalah jambatan perhubungan persahabatan

SENYUM adalah satu pelabuhan yang pastinya tidak akan merugikan.

Di Moscow, Rusia ada sekolah yang mengajar untuk SENYUM

SENYUM harus ada ketulusan

SENYUM yang dibuat-buat pasti tidak menyenangkan, sama sahaja dengan kening yang berkerut

Adalah diperakui apabila kita SENYUM, kita akan menggerakkan hanya 15 otot manakala ketika marah kita akan mengedutkan 63 otot di bahagian muka. Perbuatan mengerutkan dahi sahaja memerlukan pergerakan 40 otot untuk bekerja..BAYANGKANLAH!!

Kebanyakan SENYUM adalah jangkitan

Bila kita SENYUM kat orang, orang itu akan SENYUM balik pada kita

Orang akan merasai dihargai apabila kita senyum padanya, sekaligus ia akan memberi tanggapan yang baik terhadap diri kita..Lantas, mengapa kita tidak muliakan? Muliakan dengan diri kita.

SENYUMlah dengan orang yang anda tidak kenali hari ini, insya-ALLAH dia akan membalas SENYUMan anda itu.

Alangkah mudahnya membina rangkaian persahabatan..William Shakespear ada menyatakan..apa yang anda kehendaki adalah lebih cepat daripada memotong lidah dengan pedang adalah SENYUMan..

Semasa bekerja, belajar, SENYUMlah, kerana ia akan menggembirakan dan menceriakan hidup anda

Bila berhadapan dengan keadaan susah, SENYUMlah..

Bukankah ketawa yang sopan itu sihat?

Pujangga menyebut.."SENYUMan itu kelopak" - tertawa itu bunga yang sempurna kembangnya..

So..SENYUMlah selalu dengan ikhlas dan tidak berpura - pura. Kerana yang bepura-pura itu hanyalah mendapat sakit sedangkan orang yang melihat SENYUManmu itu mendapat barakah..

Tapi AWAS!!! jangan menyalahgunakan SENYUMAN..bahaya!

Saturday, October 16, 2010

MieMinK: Jom Bersenam!!!

MieMinK: Jom Bersenam!!!: "Senaman merupakan satu aktiviti yang mudah dilakukan. Ia perlu dilakukan secara berterusan dan patut menjadi sebahagian amalan harian baik g..."

Jom Bersenam!!!

Senaman merupakan satu aktiviti yang mudah dilakukan. Ia perlu dilakukan secara berterusan dan patut menjadi sebahagian amalan harian baik golongan remaja sehingga tua. Walaubagaimanapun sebelum bersenam, anda harus memikirkan
beberapa aspek seperti menjalani pemeriksaan doktor jika anda;


a) Berumur lebih 35 tahun dan tidak bersenam secara regular sebelum ini.
b) Tidak pasti mengenai status kesihatan atau keadaan anda.
c) Mempunyai sejarah perubatan seperti penyakit jantung, masalah paru-paru dan sebagainya
d) Obes atau lebih berat badan.



ANTARA KEBAIKAN SENAMAN ADALAH:

1) Mengurangkan paras gula dan lemak di dalam badan.
2) Membaiki pengaliran darah dalam sistem saluran darah tubuh.
3) Mengawal berat badan.
4) Menguatkan jantung.
5) Mengurangkan tekanan jiwa.
6) Membuat anda lebih cergas dan bertenaga.
7) Membolehkan anda tidur dengan nyenyak.


Senaman harus dijalankan dengan betul dan regular. Ia juga harus seimbang dengan jumlah makanan yang kita ambil. Senaman hendaklah dijalankan 3 ke 4 kali seminggu selama sekurang-kurangnya 30 minit agar mendapat senaman yang berkesan. Senaman setiap hari juga adalah yang terbaik.


Pilihlah senaman yang sesuai dengan tahap kesihatan anda. Secara amnya terdapat 3 fasa senaman iaitu;

Fasa Pertama -
Senaman selama 5 - 10 minit untuk memanaskan badan seperti pergerakan bebas dan senaman regangan. Ini bertujuan untuk menyediakan tubuh dengan aktiviti yang lebih tinggi.




Fasa Kedua -
Ini merupakan senaman yang sepatutnya iaitu selama 20 hingga 30 minit. Contohnya berjoging, berbasikal, bermain badminton, bersenam dan sebagainya.




Fasa Ketiga -
Ia sama seperti senaman fasa pertama iaitu untuk menyejukkan badan. Ia bertujuan untuk mengelakkan kecederaan otot. Senaman ini juga mengambil masa 5 hingga 10 minit.




PETUA-PETUA UNTUK SENAMAN:

1. Sebelum memulakan aktiviti senaman, dapatkan nasihat doktor.
2. Mulakan senaman yang ringan mengikut kemampuan anda dan tingkatkan dari masa ke semasa.


3. Pakai pakaian dan kasut sukan yang sesuai.
4. Jangan duduk terus selepas anda berhenti bersenam.
5. Kekuatan senaman harus mencapai tahap kadar nadi 120 - 150 kali seminit.
6. Jangan bersenam jika paras glukosa dalam darah anda tinggi atau kira-kira 2 jam selepas makan.
7. Jangan bersenam jika anda sakit atau berasa kurang selesa.

Saturday, August 21, 2010

Ramadan

Salam saudara-saudara ku....selamat menjalani ibadah puasa..